Kelas Crello, Facebook dan E-mail

12 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

11 Julai 2020 – Pada jam 2 petang, penolong Pengurus PI Linggi telah mengadakan kelas untuk mengajar cara menggunakan crello.com, pendaftaran akaun baru Facebook dan pengurusan email. Selain itu, turut diselitkan sedikit advokasi mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi.

Kelas ini diadakan selama 3 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh seramai 2 orang pelajar.

Antara yang dipelajari oleh peserta pada hari ini ialah cara mendaftar akaun baru Facebook, membuat FB Cover, FB Post dan IG post menggunakan crello.com, memperkenalkan laman-laman web opensource yang mudah digunakan oleh pelajar, cara menguruskan inbox gmail, unsubscribe newsletter dalam email dan memadam newsletter secara banyak mengikut alamat pengirim.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali